kita sering dengar orang mintak maaf dari kita walaupun dia tidak buat salah..
tapi, adakah kita memafinya?
kita sering memohon maaf dari orang apabila kita buat salah..
tapi, adakah dia memaafkan kita?
kini perkataan maaf sangat murah..
bahkan ianya lebih murah dari barang cap ayam..
sebab apa?
sebab maaf itu tidak ada keikhlasan..
memang betul..
apabila orang minta maaf kita wajib maafkan..
kerana itu sifat yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..
kita sering lihat nabi mengampunkan umatnya..
tetapi, yang membezakan antara maaf yang dipinta oleh para sahabat dengan maaf yang dipinta kita begitu jauh berbeza dari segi keikhlasannya..
para nabi dan sahabat sering memohon ampun kepada ALLAH S.W.T. tetapi kita?
asyik dengan percintaan kita lebih banyak memohon ampun kepada pasangan berbanding tuhan..
sedangkan ALLAH itu maha pengampun..
memang betul manusia sering berbuat silap..
tetapi sangat kurang yang menyedari kesilapannya..
sekiranya kita benar-benar ikhlas dan jujur memohon maaf..
INSYAALLAH akan dimaafkan..
tidak kira oleh siapa pun..
kerana sebagai manusia kita masih mempunyai sifat dan perasaan untuk memaafkan..
tapi..
masih ada segelintir manusia yang sering menggunakan perkataan maaf itu hanya sebagai alasan untuk melepaskan diri..
masih ada yang tidak benar-benar ikhlas dalam memohon maaf dan ada juga yang ego serta enggan memaafkan orang lain..
kita patut mencermin diri kita sebelum bertindak untuk memaafkan atau tidak..
kita tidak boleh mengambil kira satu pihak sahaja..
keadilan perlu ada..
sekiranya kedua-duanya salah maka saling memohon maaf dan memaafi la yang terbaik..
jadi renung-renungkan dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment